Pengenalan
Kami daripada Group 3 pada hari ini ingin berkongsi tentang sejarah Penjara Pudu yang menjadi perbualan masyarakat sehingga ke hari ini. Masih ada lagi tertanya-tanya tentang kejadian-kejadian yang berlaku di Penjara Pudu, keistimewaannya dan mengapa ia ditutup. Jadi pada hari ini kami akan menjawab persoalan yang sering dipersoalkan oleh masyarakat.
Antara ahli kumpulan kami ialah
1) Muhammad Nurmursyid (23041163051)
2) Auni Aniesa (23041163047)
3) Syaza Farhanah (23041163037)
4) Aisyah Syafira (23041163044)
5) Siti Nur Shahira (23041163069)
6) Nurlyana (23041163070)
7) Varsha (23041163041)
8) Anusia Anthony (23041163005)
Latar belakang
Penjara pudu ialah sebuah penjara terkemuka di Malaysia yang terletak di jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan Bitish pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan, Penjara Pudu telah dibina di atas di atas tapak bekas tanah perkuburan Cina secara berperingkat dengan kos sebanyak Straits $16,000 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895 dengan menggunakan banduan sebagai tenaga kerja.Gabenor pertama Penjara Pudu adalah Lt. Col. J.A. B Ellen.
TEMPAT
Jalan Hang Tuah,Kuala Lumpur, Malaysia
|
STATUS
Dirobohkan
|
KELAS KESELAMATAN Keselamatan medium
|
DIBUKA
1895
|
DITUTUP 1996
|
DIURUSKAN
-Jabatan Penjara Malaysia
-Polis Diraja Malaysia
|
Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan
moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada
RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong.
Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod rekod sejarah. Yuran masuk ditetapkan pada RM12 setiap orang dewasa. Setakat Disember 2012,hampir 90 peratus struktur Penjara Pudu telah menyembah bumi kecuali pintu gerbang penjara dan tembok hadapan itu dirizabkan atau dipindahkan ke suatu tempat yang baharu dan diratakan sepenuhnya untuk memberi laluan kepada pembangunan Bukit Bintang triangle City
moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada
RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong.
Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod rekod sejarah. Yuran masuk ditetapkan pada RM12 setiap orang dewasa. Setakat Disember 2012,hampir 90 peratus struktur Penjara Pudu telah menyembah bumi kecuali pintu gerbang penjara dan tembok hadapan itu dirizabkan atau dipindahkan ke suatu tempat yang baharu dan diratakan sepenuhnya untuk memberi laluan kepada pembangunan Bukit Bintang triangle City
Kisah seorang banduan
Kisah1 : Kejadian Radzi bin Jaafar yang dijadikan tebusan pada 16hb Oktober 1986 adalah yang paling bersejarah. Punca kejadian, di klinik penjara apabila sekumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah menahan dan menjadikan dua pegawai perubatan dari Hospital Besar yang membuat pemeriksaan sebagai tebusan. Bagaimanapun, kejadian yang menggemparkan Negara malah di seluruh dunia itu berakhir pada pukul 5.40 pagi pada 22hb Oktober 1986, apabila Unit Tindakan Khas (UTK) yang diketuai oleh Datuk Zaman menyerbu dan menyelamatkan tebusan tanpa pertumpahan darah
Kisah 2 : Wong Swee Chin ( Botak Chin) merupakan penjenayah paling terkenal yang dihukum gantung di Penjara Pudu kerana kesalahan senjata api. Kes perbicaraan Botak Chin dikatakan merompak dari orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat yang miskin, ala Robin Hood
Kisah3: 2 rakyat Australia, Brain Geoffrey Chamber, 28 tahun dan Kevin Barlow, 27 tahun, menjadi rakyat asing pertama dihukum gantung di penjara ini, iaitu pada subuh 07hb Julai 1986 kerana mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dalam tahun 1983.

Bilik terakhir
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik di panggil ’BILIK TERAKHIR” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di bilik terakhir inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan meraka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka, menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu dijalankan, sewaktu proces pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari bilik terakhir tersebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut megatakann bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari bilik terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati di tali gantung.

Lukisan mural
Pada tahun 1984, seorang banduan bernama Khong Yen Chong menggunakan kira-kira 2,000 liter cat untuk membuat mural mengesahkan adegen tropika. Ia diukur beberapa 860 kaki x 14 kaki dan telah disebut dalam Guinness Book of Record sebagai mural terpanjang di dunia. Khong, , tidak dapat menyiapkan mural Beliau sewaktu beliau masih dalam tahanan. Kemudian, beliau kembali sebagai seorang yang bebas. Beliau, menawarkan diri dan masa untuk menyiapkan karya beliau.
POTRET MISTERI
Kisah potret misteri banduan akhir di penjara pudu. seorang bekas penghuni penjara pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengari di penjara itu iaitu tentang satu potret misteri.
"ia berkisar tentang seorang banduan terakhir yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati" katanya.
Menurut Nasyitah, lukisan tersebut akan nampak seperti bercahaya apabila semua lampu sel dipadamkan.
" Dia seorang banduan yang pandai melukis. dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum menunggu hukuman dijatuhkan.
" warden memberitahu lampu dibilik sel akan terpadam jika dihidupkan dan potret itu akan nampak bercahaya seolah- olah hidup dan potret itu akan menangis apabila hari pergantungan seseorang banduan itu semakin hampir" ujarnya lagi
Penjara pudu ditutup
Pada tahun 1996 selepas 1001 tahun sebagai penjara, Penjara Pudu secara rasmi ditutup dan tahanan dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang. Ia terus digunakan sehingga tahun 2009 sebagai kemudahan pegangan bagi tahanan menghadiri perbicaraan mahkamah.
Pada 2 June 2009, kerajaan akhirnya memutuskan untuk merobohkan bangunan itu. Apabila ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun (DAP) bertanya mengapa bangunan itu tidak dikekalkan sebagai sebahagian daripada warisan Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (UMNO-BN) menjawab : “Untuk pendapat kami, ia bukan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai sejarah warisan “
Pada June 2010, dinding Penjara Pudu telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek melebarkan jalan menjelang Disember 2012, semua bangunan didalam Penjara Pudu telah benar benar dirobohkan, hanya sebahagian daripada dinding luar dan pintu utama masih berdiri.
HUKUMAN SEBAT
HUKUMAN GANTUNG